hiDayAh ~ kHazinAtUl aSrar

Wednesday, February 18, 2009

jOm gElak same2 :)

SENYUMLAH
SEORANG pegawai polis masuk ke bilik mayat sebuah hospital untuk menyiasat punca kematian tiga lelaki sekali gus. Selepas memeriksa mayat-mayat itu, dia bertanya pada penjaga bilik berkenaan.
POLIS : Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum?
PENJAGA : Lelaki pertama sedang bersanding, tiba-tiba di serang strok. Lelaki kedua pula khabar nya menang loteri dan mati di serang sakit jantung, manakala yang ketiga di sambar petir.
POLIS : Ha....kenapa disambar petir pun tersenyum?
PENJAGA : Masa itu dia ingat orang sedang ambil gambarnya.




COKLAT KACANG

Seorang gadis mebawa teman lelaki barunya yang berasal dari bandar pulang ke kampung untuk diperkenalkan kepada neneknya. Setibanya ke rumah, si gadis terus meluru masuk ke dapur dan memeluk neneknya. Lupa tentang teman lelakinya yang masih di ruang tamu, si gadis tersebut terus berbual dengan
neneknya.teman lelakinya terus duduk di ruang tamu, sambil menantikan kekasihnya di dapur, dia terpandang semangkuk kecil kacang badam dan gajus di atas meja. Bosan menunggu, dia pun terus mengambil sebutir kacang, lalu di makannya.. setengah jam kemudian... habis semangkuk kacang itu dimakannya!Si gadis setelah puas berborak dengan neneknya baru teringat yang teman lelakinya masih berada di ruang tamu. Lalu dia dan neneknya naik ke ruang tamu.."Nenek, inilah teman lelaki saya yang saya katakan tadi..., Yang, minta maaf lupa nak kenalkan dengan nenek tadi" kata si gadis.."Tak mengapa, saya pun nak minta maaf dengan nenek, habis semangkuk kacang nenek saya habiskan.." kata si pemuda itu pula."Itulah cu, cucu-cucu nenek ini suka berikan nenek coklat kacang, tapi nenek ni bukannya ada gigi, jadi nenek pun hisaplah coklat tu sampai habis, kacang nya keras jadi nenek letakkan dalam mangkuk tu..."

No comments:

Post a Comment