hiDayAh ~ kHazinAtUl aSrar

Monday, February 15, 2010

my nEw liFE ^^

Alhamdulillah..
lame rasenye xupdate blOg nie..
fuuhh..fuuhh...bersawang-sawang asenye..haiiishhh (~.^)

emm..kali ni nak ngarut pasal pe plak ea (~.^)
tajuk pown tbe2 je tulis my nEw liFe..huhu..
alkisahnya..kehidupan baru kat kiSas ler kowt ^^
saje nak share pengalaman dgn dunia baru skarang..
program Minggu Jalinan Kasih baru je abis..cam keciwa sket2 tu ade la kowt :(
ye la, cam xpuas je dgn dak2 baru f4..sbb program diorang ngan UBK n PRS cam sket je..byk taklimat utk diorng nie..tp xpela..len mase, nak wat program khusus utk PRS wif adik2 f4 nieh ^^

so..my nEw liFe....
emmm..nak cite pasal pe je ek..
stakat bangun kol 6 aM,pastu g skola...
balik dlm kol 5-6 pm, pastu dtg balik skola kol 9 sampai 12 am..
pastu balik umah wat sket2 report praktikum, tido jam 3.00 aM..
bangun balik kol 6 aM..huh..jadual harian yang same je nie..
tp ape2 pown..ak xpnah ase penat ^^
alhamdulillah..seyes, penat tu ade sket..tp xrase pown penat sgt2 ke,letih ke ape ke..
mayb dah terbiasa dr minggu ROS hari tu kowt..
pastu suasana y bezz kat skola..dgn pelajar2nye cam kawan2 ^^
tu yang wat penat bley ilang tu ^^

pelajarnye cam kawan2???
yup ^^ kadang2 tersasul gak diorng panggil kakak ^^, xpe, paham sbb nampak sebaya kowt..haha..
xkisah pown, tp kene gak biasakan diri dgn panggilan cikgu ^^
rase cam kawan2 je sbb bley masuk dgn diorng, gurau same2..n anggap cam adik sndri je, yela, umo diorng pown lbey kureng same je cam ecah, adik bongsu..so, xde hal la nak share cite n gurau2 dgn diorng ^^ bez2..

UBK skola nie pown aktif sgt2..bz bebeno ler tgk..cian gak tgk kaunselor2nye kdg2 xcukup tgn..fuhhh..baru terasa penantnye bekerja..seb bek ler de PRS y setia membantu-puji lbey nieh ^^ - yup, pRs skola nie agak aktif gak la berbanding skola2 len..y beznye, kaunselor skola nie nak besekan diorng handle program ^^ wuuuu..bezz glezz sbb mude remaja lg dah diberi peluang handle program, ldk n ape2 yang patut, dlu 1st time merasa nie pown ble dah masuk U..alahai...beruntungler korang sbb dah didedahkan dr awalkan ^^
ape2 pown, gerak kerja diorng mmg meletOop la..nak2 ble tgk flash y sabri wat utk pengenalan prs..adesss..tercabar beb tgk..huhu..kteorng pakai movie maker je..haha

wokey,,cukup suda membebel je dr td..tbe2 dgar perut pown duk membebel,,henggatkan nape, upenye lupe perut lom diisi lg..lapa ler plak (~.~)
insya Allah, t ade mas, tambah lg ler membebel dlm blOg nie ye..daaaaa..
~ukhuwahfillah ~

Thursday, January 7, 2010

ku dAmbakan kEampunan-AMAR

Buatmu Sayang...

Dengan nama Allah
Sebaik-baik Pemberi Ganjaran
...

Namamukah yang tertulis di luh mahfuz sana?
Engkaukah yang bakal menemaniku jalan menuju syurga?
Dirimukah yang akan melengkapkan separuh dari agamaku?
Aduhai pria.
Adakah kau yang tercipta untukku?
Jawab pertanyaanku ini.
Jawab!

Kau takkan pernah dapat memberi jawapan
Kerna jawapannya bukan di tanganmu
Tetapi di tanganNya.
Di tangan Tuhan kita; Allah
Tuhanku dan Tuhanmu

Gelisahku memikirkan dirimu
Dan ketakutanku memikirkan Tuhanku
Aduhai pria
Maafkan aku.
Ketakutanku pada Tuhanku melebihi kegelisahanku memikirkanmu

Jemput diriku pabila waktunya tiba
Sebelum sampai saat itu, biarkan aku sendiri bersama Si Dia
Akan kucipta cinta bersama Dia
Sebelum kucipta cinta antara kita

Jadilah dirimu kumbang yang hebat
Dan doakan aku agar menjadi bunga yang mekar

"i've leave him for the sake of Allah"

Sesungguhnya Allah takkan pernah mensia-siakan pengorbananmu sayang
Bilamana kita tinggalkan semua ini kerana Allah semata
Yakinlah!
Akan ada sesuatu yang indah untukmu di pengakhiran nanti

Dan sesungguhnya hari kemudian
itu lebih baik bagimu
daripada yang sekarang (permulaan).
Dan kelak Tuhanmu
pasti memberikan karunia-Nya kepadamu ,
lalu (hati) kamu menjadi puas.
[Ad dhuha: 4 & 5]

Untuk itu
Aku tinggalkan dirimu padaNya

Sesungguhnya
aku bertawakkal
kepada Allah Tuhanku dan Tuhanmu.
Tidak ada suatu binatang melata
melainkan Dia-lah yang memegang ubun-ubunnya.
Sesungguhnya Tuhanku di atas jalan yang lurus.
(Allah Maha Adil)
[Hud: 56]

usah bersedih atas perpisahan sementara ini
jika benar dia tercipta untukmu
tiada apa yang dapat menghalangnya
sebelum saat itu tiba
berdoalah pada Allah moga diberi kekuatan
mohonlah padanya dengan penuh mengharap
Yakinlah pada janji Allah!

Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rezki yang mulia (surga)
[An Nur: 26]



Beruntunglah kamu !
tatkala Allah memilihmu untuk menyedari hakikat perhubungan antara lelaki dan wanita
Allah memilihmu sayang
Jangan pernah sia-siakan kasih sayang Allah ini

maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya
sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu
dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya
[ As Syams: 8-10]

Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan:
"Tuhan kami ialah Allah"
kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka,
maka malaikat akan turun kepada mereka dengan mengatakan:
"Janganlah kamu takut dan janganlah merasa sedih;
dan gembirakanlah mereka
dengan jannah yang telah dijanjikan Allah kepadamu
[Fussilat:30]

Dan tika kamu merasa lemah
Mohonlah kekuatan dariNya
Allah itu dekat
yakin pasti

Dan jika syaitan mengganggumu dengan suatu gangguan,
maka mohonlah perlindungan kepada Allah.
Sesungguhnya Dia-lah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui
[Fussilat:36]


~frOm iLuvIslam.com~

Perhiasan y menjadi dambaan

~perkongsian dr sAhabat~

...Syurga-tempat kemuncak seluruh nikmat yang disediakan Allah untuk hamba-hamba-Nya yang beriman. Pepasirnya dari permata yang berkilau, alunan irama muziknya mendodoi menghibur sungainya dari arak, madu dan susu.. buah-buahannya dipetik segar, semakin dimakan semakin lazat tempat tinggalnya istana yang gilang gemilang.


Pendek kata, sebut saja apa keinginan hati, semuanya disana. Nikmat yang tidak pernah dilihat oleh mata, tidak terlintas oleh akal dan tak tergambar oleh kata-kata.


Seorang ,manusia bergelar nabi, manusia lelaki pertama dicipta Allah, pernah menghuninya. Dia dimuliakan oleh semua makhluk termasuk malaikat, atas perintah Allah. Dia bebas menelurusi setiap ceruk menikmati keindahan yang tidak terperi. Namun ditengah keindahan syurga, jauh di sudut hatinya masih ada suatu kekosongan. Mengapa? Kerana tiada wanita menemaninya dalam menikmati keindahan syurga… Maka diciptakannya wanita sebagai pelengkap kepada nikmat syurgawi.


Syurga masih terasa kurang lengkap tanpa wanita. Bidadari yang cantik jelita juga adalah wanita. Kalau begitu, boleh meriahkah dunia ini tanpa wanita? Setiap akal dan hati tahu jawapannya. Ya……..tanpa wanita, sunyi sepilah dunia. Tidak banggakah kita menjadi wanita? Persoalannya, cukupkah sekadar dilahirkan sebagai wanita, kita boleh berbangga menyandang keistimewaan ini?


Perhiasan adalah suatu yang menambah seri suasana, menyejukkan hati dan mata. Seperti mana sejuknya hati dan mata apabila melihat bunga, demikianlah hati apabila melihat perhiasan. Tapi, Kenapa tidak semua wanita menyejukkan hati sedangkan ia diciptakan sebagai pelengkap kepada perhiasan dunia dan akhirat? Malah, ada wanita yang menjadi punca kemelut dan kacau bilau. Garis pemisahnya ialah sekeping hati yang ia miliki.


Apabila hati diserahkan kepada Allah, kekallah wanita dengan asal penciptaannya iaitu penyejuk mata dan hati. Apabila wanita terus mengikatkan hati kepada zat yang menjadikannya, kekallah ia sebagai perhiasan yang dijaga rapi. Redup wajahnya mengundang pembelaan dari hati yang menjadi hamba Tuhan dan kerendahan hati yang tunduk kepada syariat meletakkan ia sentiasa dalam keredhaan dan perlindungan dari Zat Yang Maha Agung. Inilah wanita sejati bergelar wanita solehah seperti yang digambarkan oleh Rasullullah:


“Dunia adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita solehah.”


Di dunia lagi bidadari mencemburui kesolehannya dan di akhirat bidadari sudi menjadi khadamnya.


Sebaliknya, jika hati dibawa jauh dari Allah, hilanglah kejernihan wajah dan jadilah dia duri yang menjadi punca kemelut serta kacau bilau. Apabila wanita lari dari ikatan Tuhan, maka terbukalah segala pintu yang akan menjerumuskannya ke lembah fitnah kehinaan. Hilanglah redup wajah yang menjadi dambaan dan yang terserlah ialah kecantikan palsu yang menanti untuk dieksploitasi oleh manusia buas yang menjadi hamba nafsu.


Ibarat bunga sejati dan bunga plastik. Jika bunga plastik disembur pewangi, harumnya lebih kuat daripada haruman bunga sejati…tapi haruman itu tidak kekal. Haruman bunga plastik bukan miliknya yang sebenar, ia haruman palsu yang bersifat luaran. Berbeza dengan keharuman bunga sejati yang bersifat dalaman dan kekal. Keharuman bunga sejati tetap kekal dimana saja ia diletakkan, di jambangan ataupun sekadar tumbuh di pingggir belantara. Sebaliknya bunga plastik tetap kaku, haruman palsunya akan semakin hilang walaupun tersusun indah di jambangan emas.

Wanita solehah yang hatinya terikat dengan Allah- si gadis dihiasi sifat sopan dan malu_ si anak mentaati ibu bapa_ srikandi dihiasi keberanian dan ketegasan yang penuh kesopanan serta prihatin terhadap suasana masyarakat_ si isteri penuh ketaatan, kesetiaan dan kasih terhadap suami_ Semuanya berteraskan rasa cinta kepada Yang Maha Pencipta. Berbahagialah kaum Adam yang berjaya memiliki ‘perhiasan’ sejati ini kerana pastinya hidup akan terarah ke syurga. Syurga dunia yang disegerakan dan syurga hakiki yang kekal abadi.


Seorang wanita yang hatinya jauh dari Tuhan masih mampu menjadi perhiasan dunia yang digilai oleh segenap lelaki. Kecantikan dan lentoknya menjadikan hati lelaki tunduk semahu-mahunya sehingga sangggup berkorban segala-galanya-[suatu perhambaan yang tersirat]. Terpenjaralah hati kaum Adam yang memilih perhiasan ‘palsu’ ini. Hati menjadi sempit dan di akhirat terseksa tanpa batas!


Wanita boleh memilih untuk menjadi ‘bunga sejati’. Wanita solehah yang membawa tenang. Wanita juga boleh memilih untuk menjadi ‘bunga plastik’. Wanita yang mengundang kemelut, kacau bilau dan kehancuran. Kita sentiasa ada pilihan… maka pilihlah. Kita hanya akan layak menjadi ‘bunga sejati’ jika hati tunduk kepada Allah. Bagaimanapun, Dia tidak pernah memaksa. Dia tetap agung walaupun kita sebagai hamba terus derhaka…Maha suci Allah yang telah memuliakan kita sebagai wanita. Daripadanya kita datang dan kepada-Nya kita akan kembali.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:


“ Hendaklah kamu menasihati para wanita dengan sebaik mungkin, kerana sesungguhnya wanita itu dijadikan daripada tulang rusuk, sesungguhnya bahagian yang paling bengkok pada tulang itu ialah yang di sebelah atasnya; apabila kamu mahu meluruskannya patahlah ia, dan sekiranya kamu membiarkannya kekallah ia dalam keadaan bengkok. Oleh itu tolonglah kamu nasihati para wanita dengan sebaik-baiknya”

[riwayat Bukhari, Muslim dan abu Hurairah]

Wednesday, January 6, 2010

FORMULA 4 S & 4 F YANG MENCACATKAN IMAN

(email sahabat)

BISMILLAH WAL HAMDULILLAH DAN ASSALAMUALAIKUM,


iMAN mana ada kaki dan tangan,atau deria lain.Bagaimana pula ianya dikatakan cacat?Baiklah,iman cacat dan terencat akibat 4 S DAN 4 F.

Formula 4 S dan 4 F yang mencacatkan iman perlu diberi antidot TAQWA.Apakah antidot TAQWA? iaitulah kembali kepada jalan lurus yang diredhai Allah.Kita memandang mudah kepada 4 S dan 4 F.Sedangkan 4 S dan 4 F subur mekar membusuk dalam diri anak bangsa kita.

Ia membiak umpama virus H1N1,apabila tanda-tanda kecil seperti pening kepala,demam di ambil mudah...tiba-tiba suis terpadam itulah roh yang telah kembali ke hadrat Allah yang Maha Esa.Sepertimana 4 S dan 4 F..awasi sebaik-baiknya tanda-tanda awal gejala lewat solat,malas belajar,melawan kata ibu-bapa dan sifat mazmumah yang lain agar fikrah ISLAM yang suci tidar tercemar oleh enapan jijik ghuzwatul fikri pihak yang bencikan ISLAM.


Apakah 4 S?


1.Song....
Lagu-lagu yang menghiburkan. . jika ada anak-anak yang tak tau mengucap.. tetapi boleh menghafal lagu Hindustan yang panjang berjela... Ada anak-anak yang tak hafal Fatihah.... tapi boleh mengingati lagu Siti Nurhaliza yang panjangnya berdepa depa..... berjaya sudah Yahudi.... Hingga kita terfikir.... . bagaimana jadinya radio kalau tanpa lagu?

2. ..Sex.....

Lagi satu kegilaan remaja dan yang tua. Sex dimana-mana. . di kaca tv, dalam filem, dalam iklan... babak sex amat lumrah.. kekadang adegan sex tak diperlukan, tetapi diselitkan jua sehingga ada orang menonton filem hanya kerana ada adegan sex.. filem 18SX amat laris berbanding filem U... VCD lucah mudah didapati... dan harganya amat murah... Adakah filem yang tiada adegan sex? Lagi sekali berjaya sungguh Yahudi laknatullah. .....

3. ..Smoke....

Rokok.. menjadi kegilaan para remaja... sehingga dikatakan tidak moden jika tidak merokok... malah sekarang merokok menjadi budaya bagi mana-mana perempuan yang kononnya mau digelar "up to date".. Dulu yang merokok ini golongan pelacur saja.... ataupun penari kabaret.... (aku tengok dari filem P Ramlee).... Syabas yahudi... berjaya lagi kamu....


4. ....Sport.. .

Pelbagai jenis sukan ditonjolkan dan lelaki dengan perempuan sama-sama berlumba mencari nama dalam sukan... hinggakan sekarang bola sepak pun perempuan main juga.. Bila bersukan, tutup aurat mestilah jauh sekali, sembahyang pun banyak yang miss.. bukan yang bermain sahaja tak sembahyang.. . yang menonton pun tak sembahyang juga... Kalau menonton di rumah... akan lambat sembahyang sebab takut tak nampak macam mana masuk GOL.... Yahudi gol lagi.... sampai ada ulamak kata... kerana sukan.. sembahyang boleh tangguh... Masya-Allah.


F...


Apakah 4 F?




1.... Fun..
Hiburan...di mana-mana kita dapat hiburan yang melalaikan.. .. Kalau kita lihat dalam 100 majalah.. mungkin 99 adalah majalah hiburan.. termasuklah majalah mangga... yang menayangkan buah mangga artis perempuan... . Kalau ada konsert.... sanggup orang Islam bertandang hingga menghabiskan banyak wang dan bila ke konsert.... pelbagai maksiat akan diselit masuk.... Yahudi terhibur lagi....

2.... Female...
Perempuan... tawaran Yahudi yang amat mengasyikkan. .terutama dalam iklan..yang kadang-kadang tidak ada kena mengena dengan perempuan... Kalau kita ke kedai bateri kereta... di hadapan bateri terpampang gadis sunti separuh bogel beraksi... apa kena mengena bateri kereta dengan perempuan?.. . kalau iklan Modess... perempuan ada patutlah... Yahudi bersorak lagi.....

3...Fashion. ...
Fesyen terutama perempuan yang bermacam- macam.. sehinggakan kalau pakai tudung pun mereka dah tak menutup aurat.... Macam mana dikatakan bertutup aurat jika bertudung tetapi berbaju ketat yang kekadang menampakkan pusat? Yang mewarnakan rambut lagi teruklah... Buat apa bertudung kalau rambut diwarnakan.. .. Bila warnakan rambut.. mestilah tidak bertudung sebab kalau bertudung.. bagaimana nak menayangkan warna rambut yang terkini itu... Kalau dah rambut diwarnakan.. . sembahyang pun tak sah... malah mandi hadas pun tak sah sebab kebanyakan pewarna adalah kalis air... itu tak kira yang cukur bulu kening lagi... Yahudi ketawa lagi....Umat islam sudah jadi macam Yahudi....

4. .. Food..Makanan. .
Lagi satu kegilaan Umat Islam terutama makanan dari Barat termasukalah MEK DI , KENTA AKI, PIZZA AHAD... dan seribu satu macam lagi... Buah kurma yang menjadi makanan Rasulullah dipandang hina.... masuk rumah pun setahun sekali bila bulan Ramadan...
...Selalu kedenganran di corong2 radio, televisyen dan media2 hiburan kebanyakan dari umat Islam sendiri menyatakan aku cinta Malaysia...... tapi bagaimana pula cinta kepada ALLAH?..... oleh itu, fikir2kanlah. ..tepuk dada tanya iman dan bukan tanya selera..


Setelah menghadam formula songsang yang tidak wajar digunakan ini,apakah yang boleh anda lakukan?


Campak televisyen ke luar rumah flat dari tingkat lapan belas,

Adakah snyayian melalaikan tidak masuk ke rumah setelah kemarahan dilepas?


Ajar anak jangan tengok cerita 18sx?
Sedangkan 18sx ada di shopping kompleks.hah!


Beritahu anak jangan merokok,

Sedangkan ketam mengajar anaknya jangan jalan belok-belok..huh!


Pesan pada semua bersukan menyihatkan diri,
Cuma lupa nak tutup aurat sana sini.heh!


Bagaimana dengan 4 F tadi..


Akal yang waras hanya memberikan 2 jawapan mudah untuk menghindarkan diri dari menjadi bahan bakar api neraka iaitu:


INGAT ALLAH DAN TINGGALKAN MAKSIAT!


Akhirnya..apa khabar iman saudara saudari sekarang?

Renung-renungkan dan selamat beramal (",)

SAJAK AMINAH QUTB BUAT BAKAL SUAMI


sekiranya,
kita cinta kepada manusia..
xsemestinya manusia cinta kpd kita..
tetapi sekiranya,
kita cinta kpd Allah..
nescaya cinta Allah tiada penghujungnya..

sekiranya,
kita cinta kpd manusia..
kita akn cemburu kpd org yg mencintai org yg kita cintai..
tetapi sekiranya,
kita cinta kpd Allah..
kita akn turut mncintai org yg melabuhkan cintanya kpd Allah juga..

Ya Allah..
andainya dia adalah jodoh yg ditetapkan olehMU kpdku,
maka..
campakkanlah ke dalam hatiku..
cinta kpdnya adalah keranaMU..
dan campakkanlah ke dalam hatinya..
cinta kpdku adalah keranaMU..

namun,
andainya dia bukanlah jodoh yg ditetapkan olehMU kpdku..
berikanlah aku kekuatan agar pasrah
dalam mengharungi ujian,
yang KAU berikan kepadaku...

~Aminah Qutb~

*Aminah Qutb adalah adik perempuan kpd tokoh terkenal Syed Qutb
yang mati di tali gantung kerana ketajaman penanya...
Yang Takkan Berlalu Pergi


Bismillah
Allah Yang Menguasai Perjalanan Langit Dan Bumi.

Adapun manusia apabila Tuhannya mengujinya
lalu dia dimuliakan-Nya dan diberi-Nya kesenangan,
maka dia akan berkata:
"Tuhanku telah memuliakanku"

Adapun bila Tuhannya mengujinya
lalu membatasi rezekinya maka dia berkata:
"Tuhanku menghinakanku"
[Al Fajr 89:15-16]

Jangan begitu sayang
Allah Tahu Apa Yang Terbaik Untukmu.

Diwajibkan atas kamu berperang,
padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci.

Boleh jadi kamu membenci sesuatu,
padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu,
padahal ia amat buruk bagimu;
Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui
[Al Baqarah 2:216]

...

Akan ada yang datang
Dan akan ada yang berlalu pergi

Manusia itu akan datang dan pergi
Harta benda itu akan datang dan pergi
Kesedihan itu akan datang dan pergi
Masalah itu akan datang dan pergi

...
...
...

Tapi ...

Ada juga yang datang
Dan takkan pernah sesekali berlalu pergi

Siapa?

...
...
...

Allah, sayang.
Allah.

Allah akan tetap di situ
Sekalipun kamu melupakannya.
Allah takkan pernah meninggalkanmu dan takkan pernah berpaling darimu
Allah akan terus memerhatikan.

Ya!
Allah akan terus memerhatikan.
Setiap gerak gerimu,
Setiap ucap kata dari bibirmu,
Pekerjaan yang kamu utamakan melebihi diriNya,
Dan bagaimana kau sandarkan cintamu pada manusia yang belum halal buatmu

Allah ada untuk setiap masa
Kapan sahaja yang kamu mahu
Kembali padaNya ya sayang
Allah sedang menantimu

Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku,
maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat.
Aku mengabulkan permohonan
orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku,
maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku)
dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku,
agar mereka selalu berada dalam kebenaran.
[Al Baqarah: 186]

jangan biar sampai Allah murka pada kita

www.iLuvislam.com

untUkmu tEman..

Apabila kau ingin berteman..
janganlah kerana kelebihannya...
kerana mungkin dengan satu kelemahan,
kau mungkin menjauhinya....

andai kau ingin berteman..
janganlah kerana kebaikkannya..
kerana mungkin dengan satu keburukan..
kau akan membencinya..

andai kau inginkan sahabat y satu..
janganlah kerana ilmunya..
kerana apabila dia buntu,
kau mungkin akan menfitnahnya..

andai kau inginkan seorang teman..
janganlah kerana sifat cerianya..
kerana andai dia tidak lagi menceriakanmu..
kau mungkin akan menyalahkannya...

andai kau ingin bersahabat..
terimalah dia seadanya..
kerana dia seorang sahabat..
yang hanya manusia biasa..
jangan diharapkan pada kesempurnaan..
kerana kau juga tidak sempurna..
tiada siapa pun yang sempurna..
tapi teman..
bersahabatlah kerana Allah..

~Ukhuwahfillah abAdan-abada~

sALam ukhUwah

~salam ukhuwah..salam pertemuan (^.^)~

alhamdulillah..malam nie tbe2 dpt celik akal plak nak tulis dlm blog
lame dah xjenguk blog nie..berabuk2 dah..fuhh..fuuhh..
siap de sarang labah2 g (~.^) haiiishhhh...
lame bebeno tinggal dah..huhu..cian blOg nie..
so..tugas skarang nie..juz nak bersihkan habuk2 dlm blOg nie,pastu nak bg edit sket..tambah ler ape2 resepi y bezz sket (^.^)
..k daaa