
Muslimah Idaman Saya Adalah Seorang Muslimah Yang Beriman Yang Jiwanya Ditanam rasa Keizzahan Terhadap Islam Yang Sentiasa Haus Dengan Ilmu Yang Sentiasa Dahaga Akan Pahala Yang Solatnya Adalah Maruah Dirinya Yang Tidak Pernah Takut Menyatakan Kebenaran Yang Tidak Pernah Gentar Melawan Nafsu Yang Sentiasa Bersama Srikandi –Srikandi Pejuang Agama Allah
Muslimah Idaman Saya Adalah Muslimah Yang Menghormati Ibunya Yang Sentiasa Berbakti Kepada Keluarga Dan Kedua Orang Tuanya Yang Bakal Menjaga Kerukunan Rumah Tangga Yang Bakal Menolong Suami Dalam Mendidik Anak-Anak Mendalami Islam Yang Mengamalkan Hidup Dengan Penuh Kesederhanaan Kerana Dunia Baginya Adalah Rumah Sementara Menuju Akhirat
Muslimah Idaman Saya Sentiasa Bersedia Menjadi Ibu Mithali Yang Hidup Di Bawah Naungan Al-Quran Dan Mencontohi Sifat Ummul-Mukminin Yang Boleh Diajak Berbincang Dan Berbicara Yang Menjaga Matanya Daripada Berbelanja Yang Sujudnya Penuh Kesyukuran Dengan Rahmat Allah Ke Atasnya

Muslimah Idaman Saya Sentiasa Mengingati Mati Yang Baginya Hidup Di Dunia Ladang Menuju Akhirat Yang Mana Buah Kehidupan Itu Perlu Dibaja Dan Dijaga Agar Berputik Tunas Yang Bakal Menjadi Baka Yang Baik Demi Meneruskan Perjuangan Islam Sebelum Hari Kemudian
Muslimah Idaman Saya Adalah Muslimah Yang Tidak Terpesona Dengan Buaian Dunia Kerana Ia Mimpikan Syurga Disitulah Rumah Idamannya Dan Dia Ingin Mendorong Saya Untuk Bersamanya Dialah …Muslimah Idaman Saya..
No comments:
Post a Comment