hiDayAh ~ kHazinAtUl aSrar

Wednesday, January 6, 2010

untUkmu tEman..

Apabila kau ingin berteman..
janganlah kerana kelebihannya...
kerana mungkin dengan satu kelemahan,
kau mungkin menjauhinya....

andai kau ingin berteman..
janganlah kerana kebaikkannya..
kerana mungkin dengan satu keburukan..
kau akan membencinya..

andai kau inginkan sahabat y satu..
janganlah kerana ilmunya..
kerana apabila dia buntu,
kau mungkin akan menfitnahnya..

andai kau inginkan seorang teman..
janganlah kerana sifat cerianya..
kerana andai dia tidak lagi menceriakanmu..
kau mungkin akan menyalahkannya...

andai kau ingin bersahabat..
terimalah dia seadanya..
kerana dia seorang sahabat..
yang hanya manusia biasa..
jangan diharapkan pada kesempurnaan..
kerana kau juga tidak sempurna..
tiada siapa pun yang sempurna..
tapi teman..
bersahabatlah kerana Allah..

~Ukhuwahfillah abAdan-abada~

No comments:

Post a Comment