hiDayAh ~ kHazinAtUl aSrar

Friday, May 15, 2009

tAw tAk anda????

~setiap tahun, guru-guru akan meraikan sambutan hari Guru pada 16 MEi...sejak dr tahun 1972, pelbagai tema telah digunakan untuk meraikan sambutan hari Guru ini (^_^) jom kte tgk same2 tema hari Guru dari dulu hingga skarang...
2009 Guru Pembina Negara Bangsa

2008 Guru Cemerlang Negara Terbilang

2007 Guru Penjana Modal Insan Gemilang

2006 Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan

2005 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan

2004 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan

2003 Guru Berkualiti Aspirasi Negara

2002 Guru Berkualiti Aspirasi Negara

2001 Memartabatkan Profesion Keguruan tanggungjawab Bersama

2000 Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan

1999 Guru Berkesan Pendidikan Cemerlang

1998 Guru Penyemai Tanggungjawab Bersama

1997 Guru Bestari Sekolah Bestari

1996 Guru Malaysia Teras Pendidikan Bertaraf Dunia

1995 Permuafakatan dan Perpaduan Menjayakan Wawasan

1994 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan

1993 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan

1992 Guru Cemerlang Teras Kejayaan Wawasan

1991 Ke Arah Pendidikan Cemerlang

1990 Pendidikan Bermutu Masyarakat Sejahtera

1989 Guru Pembina Budaya Ilmu

1989 Guru Pembina Budaya Ilmu

1988 Guru Pengasas Budaya Membaca

1987 Pendidikan Ke Arah Kesejahteraan Insan

1986 Pendidikan Teras Nasionalisme

1985 Guru dan Masyarakat Asas Kemajuan Pendidikan

1984 Kepimpinan Berteladan Kesempurnaan Pendidikan

1983 Kepimpinan Berteladan Teras Pendidikan

1982 Ke Arah Kecekapan Guru Dan Pendidikan Bermutu

1981 Pengorbanan Guru Kejayaan Rakyat

1980 Pendidikan Teras Perpaduan Negara

1979 Murid Sejahtera Negara Jaya

1978 Guru Pembentuk Generasi Akan Datang

1977 Dedikasi dan Disiplin Asas Kemajuan Pendidikan

1976 Pendidikan Moral Dalam Zaman Kemajuan Pendidikan

1975 Guru dan Pembangunan Negara

1974 Peranan Guru Dalam Zaman Sains dan Teknologi

1973 Kerjasama Ibu Bapa Untuk Kemajuan Pendidikan

1972 Peranan Guru Dalam Pembangunan Negara

GURU PEMBINA NEGARA BANGSA (2009)

Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita. 

Dokumen tersebut yang dikenali sebagi Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.


GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

Bersedia melangkah megah
Walaupun sukar baktiku curah
Demi mu ibu pertiwi
Sumpah ku lafaz janji kukota

Berikrar eratkan bangsa
Kukuhkan cinta kepada Negara
Berjasa terus berjasa
Menyebarkan ilmu tiada batasnya

Guru Pembina Negara Bangsa
Gagah perjuangkan visi Negara
Bangunkan jiwa yang pelbagai rupa
Demi agama dan nusa tercinta

Guru Pembina Negara Bangsa
Tetap Unggul senadakan suara
Sehaluan menggapai matlamatnya
Cemerlang dan gemilangkan Malaysia


Pencipta Lagu : Khairulrizam bin Khalid
Pencipta Lirik : Ili Nurbahirah bt Baharudin
Pengubah Muzik : Marzuki bin Tambi

Friday, May 8, 2009

mUtiara kAta (^_^)


ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan
ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi,
ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketengan,
ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan,
ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Allah,
ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan,
ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah musik yang menggetarkan hati
ambillah waktu untuk memberi, itu dapat membuat hidup terasa beerti,
ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan
ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga...
seseorang manusia harus cukup rendah hati untuk mengakui kesilapannya, cukup bijak untuk mengambil manfaat daripada kegagalannya dan cukup berani untuk membetulkan kesilapannya
Dalam hidup, terkadang kita lebih banyak mendapatkan apa yang tidak kita ingini. Dan ketika kita mendapatkan apa yang kita inginkan, akhirnya, kita tahu bahwa yang kita inginkan kekadang tidak dapat membuat hidup kita menjadi lebih bahagia.
hiduplah seperti lilin, menerangi orang lain, janganlah hidup seperti duri mencucuk diri dan menyakiti orang lain.

jadikan dirimu sebagai pohon yang rendang di mana insan dapat berteduh, jangan seperti pohon kering tempat sang pungguk melepas rindu dan hanya layak dibuat kayu api. jadilah seperti pohon kayu yang lebat buahnya, tumbuh di tepi jalan. Dilempat buahnya dengan batu, tetapi tetap dibalas dengan buah.

sElamAt bercUti sEmua (^_^)

alhamdulillah...

7hb haritu, abislah paper kiteorng, paper last, etika kaunseling (^_^)

alhamdulillah... bolehla jawab, tp betul ke salah...xtaw ler..hehe

so..skarang nie, masing2 ade yang dah balik kg, ader yang dah mule cuti sakan..huhu

tp ape2 pown, jg diri baek2 smua time2 cuti nie..

jg kesihatan, jgn nakal2 time cuti (eceh, cam diorng nie men mecun je cuti2 nie..huhu),

kite jumpe sem depan ye..insya Allah (^_^)

Saturday, April 18, 2009

~rindU mElandA di hAti~

~tadi baru pas tepon mak (^_^) ermmm...hari2 dpt dgar suara mak...lepas la gak windu walaupun tak jumpe :P
rindu...rindu sgt2...dah bape lame dah tak balik...
xpe2....mak abah sabar ea (^_^) pasni, org de cuti panjang, leh duk umah lame2..hehe
mmmmmmuuuuaaaaaaaahhhhhh...
smoga mak abah sihat...ameen


















~kEnangAn terindAh~

~ermmm..tibe2 teringat kenangan dgn kwn2 yang aku rpat dulu...rindu sgt2 waktu tu..kalau la aku blh undurkan waktu..pasti aku nak ulang balik kenangan bersama-sama diorng nie (^_^)
duhai sahabat, semoga bahagia walaupun dimana korang berada..insya Allah




~nie time konvO kak murni...nie la last kite dpt berjumpe~

~ Nie kak as, time kiteorng makan kat mid vAlley~


~luzan pnat tunggu ayam kEnny..haha~


~swEet memoRy..luv u all..syita n ain~


~nie????haha, kek bezday mak abah bg :p~


Friday, April 17, 2009

perlu perubahan (^_^)

~ adoila....
ni kali ke bape ntah tuka background :p
huhu...
nak edit tulis2 ape yang patot, cam malas plak :p
yela...aku xreti sgt nak tulis ayat panjang2 nieh...
huhu...
so, juz masukkan gamba yang bg aku cantik tp bermakna
n suke nak edit2tuka background :)

~emmm...yang nie background ke5 kowt sepanjang blog nieh wujud :p
ermmm...same ngan background kak as...owg yang mule2 knalkan blog kat aku (^_^)
kak, tiwu background ea...
sharing is caring (^_^)